Keindahan Bandar Brunei Tahun 1958

Rumah lama yang berada di Kampung Sumbiling Lama pada tahun 1958, yang kini hanya tinggal menjadi kenangan.

Suasana kampung-kampung yang berdekatan dengan Masjid Omar ‘Ali Saifuddien pada awal tahun 1962.

Pemandangan Bandar Brunei pada tahun 1958.

Orang ramai berpusu-pusu menuju ke kedai Jalan Sultan bagi menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien pada 29 September 1961.

Keindahan Bandar Brunei tahun 1958
August 5, 2017

Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman

MENGIMBAS kembali keindahan suasana ibu kota Bandar Brunei pada satu ketika dahulu di era tahun 1958 di mana bangunan-bangunan belum banyak didirikan, begitu juga kedai-kedai perniagaan yang menjual barang-barang keperluan.

Manakala ahli perniagaan berbangsa Cina sudah awal bertapak menjalankan perniagaan mereka di bandar ini.

Mereka menjual barang-barang keperluan dapur dengan menggunakan perahu dari sebuah kampung menuju ke sebuah kampung yang lain di Kampong Ayer pada masa itu.

Dalam gambar yang diambil dari atas menara Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, Bandar Brunei (kini Bandar Seri Begawan) pada masa itu kelihatan begitu lengang.

Namun pada masa ini, Alhamdulillah banyak kemajuan dan pembangunan telah dicapai dan giat dilaksanakan.

Kemudian rumah-rumah di Kampung Sultan Lama pula sejak dahulu lagi telah didirikan berdekatan dengan tembok tebing sungai.

Para penduduk kampung tersebut juga telah membina jambatan-jambatan kayu untuk dapat dilalui menuju ke jalan bandar. Kemudian jarak sebuah rumah ke rumah yang lain adalah jauh berbanding pada tahun 1990 di mana rumah-rumah dibina dalam keadaan yang sangat rapat.

Pada tahun 1990 itu juga, satu tragedi kebakaran besar telah menimpa Kampung Sultan Lama, meranapkan berpuluh-puluh buah rumah dan kini ia hanya tinggal kenangan.

Pada tahun 1958, jalan-jalan raya kelihatan sepi dan lengang. Susunan kedai-kedai juga belum teratur.

Apa yang terdapat dalam gambar yang disediakan penulis (gambar bawah) adalah pemandangan Bangunan Pak Koon Saloon, Panggung Borneo ketika itu masih dalam pembinaan, balai polis, Bangunan Walliam Jeck dan Pelabuhan Dermaga Kastam.

Juga kelihatan dua buah rumah gudang yang menyimpan barang-barang keperluan harian yang didatangkan dari luar negara, manakala dua buah kapal dilihat berlabuh di Jabatan Kastam.

Manakala di seberang kawasan Jabatan Kastam, rumah-rumah di Kampong Ayer, Kampung Saba, kelihatan begitu padat. Air Sungai Brunei pada masa itu kelihatan tenang, dan nampak dari jauh adalah Kampung Sungai Lampai dan Pulau Lumut Lunting berdekatan dengan Pulau Si Bungur.

Begitu juga jalan menuju ke Subuk (sekarang Jalan Residency) adalah sangat jauh berbeza daripada sekarang.

Ihsan Media Permata

Comments

Unknown said…
Negara Brunei merupakan negara yang aman dan makmur. Ramai yang ingin mencari peluang kerja di Brunei. http://www.jobsbrunei.com merupakan job site yang membantu job seeker dalam mencari kerja kosong yang terdapat di Bandar Seri Begawan, Kuala Belait, Seria, Tutong, Bangar, Muara, Sukang and Panaga. Job site ini memberi peluang kepada job seeker untuk mencari peluang pekerjaan terutamanya di negara Brunei. Ini adalah peluang terutamanya kepada penduduk Brunei yang sedang mencari pekerjaan.

Popular posts from this blog

Brunei Royal Wedding 2015: Profile of Royal Bride Dayangku Raabi'atul Adawiyyah

Family Titles in Brunei

Pulau Cermin - Brunei's Historic Island