Sunday, February 10, 2013

Kibaran Jalur Kuning Putih dan Hitam


Kibaran Jalur Kuning Putih dan Hitam
Sebuah sajak karya Haji Rozan Yunos, 6 Februari 2013
 
+++++
 
Wahai anak watan
Tengoklah dan saksikanlah
Bendera kita berkibar di angkasa
Tidakkah kamu gementar
Tidakkah kamu merasa bangga
Melihat jalur kuning putih dan hitam
Berkibar di angkasa
 
Perjalanan kita amat jauh
Lebih satu abad kita dinoda
Di bawah perlindungan bangsa asing
Pemerintahan dijalankan
Menggunakan nama Sultan
Tetapi jauh dari realitinya
Berkibar di angkasa
 
Apakah malang nasib pertiwi
Tidak berupaya mempertahankan diri
Negara diperkosa tanpa bistari
Tetapi kita bangun
1959 pemerintahan dalaman
1984 pemerintahan keseluruhan
Berkibar di angkasa
 
Tidak ada titisan darah
Hanya keringat di badan
Sultan yang keduapuluh lapan
Memperbetulkan jalan
Dengan perlembagaan diadakan
Bertawakal kepada Illahi
Berkibar di angkasa
 
Nasib kita mula berubah
Illahi kurniakan sumber galian
Menjadi pembela bangsa dan negara
Negara miskin menjadi kaya
Berupaya membina anak watan
Itulah sejarah perlu dijaga
Berkibar di angkasa
 
Falsafah negara tidak digubah
Memang sudah turun temurun
Sejak zaman Awang Alak Betatar
Melayu Islam Beraja sudah namanya
Budaya Melayu sudah warisan
Tidak perlu dipersoalkan
Berkibar di angkasa
 
Alhamdulillah kita ucapkan
Kemerdekaan penuh dikecapi
Laungan Allahu Akbar dilaungkan
Penuh dengan kesayuan dan kebanggaan
Brunei sudah negara merdeka
Jalur kuning putih dan hitam
Berkibar megah di angkasa

+++++

Today is the day, Brunei Darussalam's giant flag is raised in Bandar Seri Begawan to mark the beginning of the 29th National Day celebration. As Chairman of the Organising Committee for the event, I thought I will mark it with the publication of this sajak which I wrote a few days before.

No comments:

Inspirational Quotes

Loading...