Posts

Showing posts from April, 2018

Data Perangkaan Pelancong Negara Brunei Darussalam 2017

Image
  BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 April. - Pada tahun 2017, jumlah ketibaan pelancong antarabangsa ke Negara Brunei Darussalam melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei telah meningkat sebanyak 18.3% daripada 218,809 pelancong pada tahun 2016 kepada 258,955 pelancong yang mana kenaikan ini telah melebihi pencapaian yang disasarkan pada tahun 2017 iaitu sebanyak 10%. Pencapaian ini telah merekodkan ketibaan pelancong antarabangsa melalui udara yang tertinggi sejak tahun 2011 iaitu seramai 242,061 pelancong. (Jadual 1 : Ketibaan Pelancong Antarabangsa, 2016 and 2017) Dalam tempoh tiga tahun yang lepas, pertumbuhan ketibaan pelancong telah menunjukkan kesan positif yang berterusan dalam industri pelancongan di Negara Brunei Darussalam dengan catatan yang mantap berakhirnya tahun 2017 sebanyak 18.3 peratus (y-o-y). Ini terutamanya disebabkan oleh permintaan perjalanan (travel demand) yang tinggi dari pasaran-pasaran utama sejak bulan Januari 2017, pengenalan da

Konsep Tadbir Urus Islam, Sistem Padu dan Holistik​

Image
Konsep tadbir urus Islam, sistem padu dan holistik​ Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 April. - Simposium Tahunan Tadbir Urus Islam (Islamic Governance Symposium) Keempat anjuran Institut Kajian Dasar (IPS) Universiti Brunei Darussalam (UBD), antara lain mengongsikan beberapa langkah dan cadangan yang boleh diambil tindakan untuk memanfaatkan tadbir urus Islam sebagai sistem penting untuk pengurusan konflik yang berkesan. Simposium tersebut merupakan lanjutan daripada siri simposium yang telah diadakan sebelum ini, yang membincangkan ciri-ciri sistem tadbir urus Islam, objektifnya, peranan dan tanggungjawab individu dan kumpulan dalam rangka kerja tersebut. Simposium tahun ini membawa tema 'Konflik Tadbir Urus (The Governance of Conflict)' menggariskan terhadap konflik-konflik yang mungkin tidak dapat dielakkan yang timbul pada pelbagai peringkat sosial, politik, dan ekonomi. Dala