Konsep Tadbir Urus Islam, Sistem Padu dan Holistik​






Konsep tadbir urus Islam, sistem padu dan holistik​
Oleh : Hajah Siti Zuraihah Haji Awang Sulaiman / Foto : Dk. Nur Hafilah Pg. Osman

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 April. - Simposium Tahunan Tadbir Urus Islam (Islamic Governance Symposium) Keempat anjuran Institut Kajian Dasar (IPS) Universiti Brunei Darussalam (UBD), antara lain mengongsikan beberapa langkah dan cadangan yang boleh diambil tindakan untuk memanfaatkan tadbir urus Islam sebagai sistem penting untuk pengurusan konflik yang berkesan.

Simposium tersebut merupakan lanjutan daripada siri simposium yang telah diadakan sebelum ini, yang membincangkan ciri-ciri sistem tadbir urus Islam, objektifnya, peranan dan tanggungjawab individu dan kumpulan dalam rangka kerja tersebut.

Simposium tahun ini membawa tema 'Konflik Tadbir Urus (The Governance of Conflict)' menggariskan terhadap konflik-konflik yang mungkin tidak dapat dielakkan yang timbul pada pelbagai peringkat sosial, politik, dan ekonomi.

Dalam usaha umat Islam mewujudkan suasana yang kondusif untuk beribadat kepada Allah Subhanahu Wata'ala, sudut pandang yang berbeza, pemahaman dan pendapat masih boleh timbul, yang membawa kepada pelbagai konflik.

Perasmian simposium tersebut disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Akademik) UBD, Profesor Madya Dr. Ayub Sadiq yang berlangsung di Bilik Senat, Dewan Canselor UBD, di sini.

Sebanyak tujuh kertas kerja dibentangkan oleh penceramah dalam dan luar negara, antaranya:

'Temporal Fractures in Islamic Governance in Brunei Darussalam' 
oleh Adjunct Profesor, Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat, UBD, Awang Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunos;

'Silk and Steel, Sultanah Safiatuddin Syah of Aceh dar al-Salam'
oleh Timbalan Profesor, Jabatan Pengajian Bahasa Melayu, Universiti Kebangsaan Singapura, Dr. Sher Banu Khan,

'Qur'anic Ethical Parameters in Juristic Differences'
oleh Pensyarah, Fakulti Shariah dan Undang-Undang, Universiti Islam Sultan Sharif Ali, Dr. Widad Abdul Aziz dan

'Wise Agents & Organisational Moral Learning'
oleh Calon PhD, Jabatan Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti of Lancester, Iznan Tarip.

Pembentangan kertas kerja akan berkisar mengenai cara-cara mengenal pasti faktor-faktor yang boleh menimbulkan konflik, tahap berbeza manifestasi konflik (dari individu, organisasi, dan negeri); cara di mana konflik boleh dijangka dan dikurangkan; serta strategi untuk menangani konflik - dari perspektif sejarah, dan satu kontemporari.

Pengarah Institut Kajian Dasar (IPS), UBD, Dr. Mahani binti Haji Hamdan semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya menjelaskan, Program Tadbir Urus IPS adalah satu inisiatif strategik yang kritikal, untuk menyelaraskan kemahiran dan fikiran para graduan dengan visi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk menjadikan sebuah Negara Zikir yang berasaskan konsep Melayu Islam Beraja.

IPS tambahnya, berusaha secara aktif menyokong dan membantu mencapai matlamat Kebawah DYMM melalui perbincangan intelektual yang mantap, khususnya dalam bidang dasar awam, tadbir urus Islam adalah salah satu perkara kritikal bagi merealisasikan komponen Islam dalam falsafah kebangsaan kita.

Konsep tadbir urus Islam jelasnya, menawarkan sistem yang padu dan holistik untuk mengurangkan ketidaksesuaian antara aspirasi negara, penggubalan dasar dan pelaksanaannya.

Simposium dihadiri lebih 200 peserta mewakili pengurusan kanan dan ahli akademik UBD, pensyarah, mahasiswa / mahasiswi, pegawai-pegawai kerajaan, anggota sektor swasta, dan individu dari pelbagai latar belakang.

Ihsan Pelita Brunei

+++++

Full list of papers presented during the Symposium are as follows

Paper One
Temporal Fractures in Islamic Governance in Brunei Darussalam
Rozan Yunos, Adjunct Professor, Centre for Lifelong Learning, Universiti Brunei Darussalam

Paper Two
Silk and Steel: Sultanah Safiatuddin Syah of Aceh dar al-Salam
Sher Banu Khan, Assistant Professor, Department of Malay Studies, National University of Singapore

Paper Three
Multi-Level Governance of Conflict in Muslim Contexts
Adrian Kay, Senior Professor, Institute of Policy Studies, Universiti Brunei Darussalam

Paper Four
Shura: From Principle to Practice
Mahani Hamdan, Assistant Professor, Institute of Policy Studies, Universiti Brunei Darussalam

Paper Five
Qur'anic Ethical Parameters in Juristic Differences
Widad Abdul Aziz, Lecturer, Faculty of Shariah and Law, Universiti Islam Sultan Shariff Ali

Paper Six
Ascendancy of China and Managing Possibility of Conflicts with Muslim Nations
Abdul Halim Abdul Karim, PhD Candidate, Institute of Policy Studies, Universiti Brunei Darussalam

Paper Seven
Wise Agents & Organisational Moral Learning
Iznan Tarip, PhD Candidate, Department of Leadership and Management, University of Lancaster

Comments

Popular posts from this blog

Brunei Royal Wedding 2015: Profile of Royal Bride Dayangku Raabi'atul Adawiyyah

Kuih Mor - A Brunei Favourite

Permanent Secretaries and Deputies in Brunei (2 November 2017)