Data Perangkaan Pelancong Negara Brunei Darussalam 2017


 







BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 7 April. - Pada tahun 2017, jumlah ketibaan pelancong antarabangsa ke Negara Brunei Darussalam melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei telah meningkat sebanyak 18.3% daripada 218,809 pelancong pada tahun 2016 kepada 258,955 pelancong yang mana kenaikan ini telah melebihi pencapaian yang disasarkan pada tahun 2017 iaitu sebanyak 10%. Pencapaian ini telah merekodkan ketibaan pelancong antarabangsa melalui udara yang tertinggi sejak tahun 2011 iaitu seramai 242,061 pelancong.

(Jadual 1 : Ketibaan Pelancong Antarabangsa, 2016 and 2017)

Dalam tempoh tiga tahun yang lepas, pertumbuhan ketibaan pelancong telah menunjukkan kesan positif yang berterusan dalam industri pelancongan di Negara Brunei Darussalam dengan catatan yang mantap berakhirnya tahun 2017 sebanyak 18.3 peratus (y-o-y). Ini terutamanya disebabkan oleh permintaan perjalanan (travel demand) yang tinggi dari pasaran-pasaran utama sejak bulan Januari 2017, pengenalan dan penambahbaikan kepada beberapa produk-produk pelancongan; peningkatan perhubungan udara (air connectivity) yang berterusan daripada Penerbangan Diraja Brunei (RB) dan Penerbangan Lucky Air.

Melalui pengenalan perkhidmatan baharu bagi pelancong-pelancong dari Republik Korea dan Republik Rakyat China dan penambahbaikan kepada kemudahan perjalanan (travel facilitation) melalui pengenalan 'visa on arrival' dan 'multiple entry visa' kepada kewargaan dari Republik Rakyat China dan Taiwan. Selain itu, kesemua pasaran-pasaran utama yang terdiri daripada pasaran dari ASEAN, Timur Jauh (Far East), pasaran Jarak Jauh (Long Haul) dan Australia & New Zealand dan telah menunjukkan peningkatan yang signifikan dari tahun 2016 dengan pasaran Timur Jauh (Far East) telah menyumbangkan pertumbuhan yang tertinggi sebanyak +34.0 peratus (y-o-y), diikuti dengan pasaran Jarak Jauh (Long Haul) sebanyak +16.0 peratus (y-o-y), ASEAN sebanyak +11.8 peratus (y-o-y) dan kedua-dua pasaran dari Australia & New Zealand telah meningkat sebanyak +5.8 peratus (y-o-y).

Di samping itu juga, antara penyumbang kepada kenaikan +18.3 peratus ini sedikit sebanyak disebabkan oleh acara-acara sempena dengan menyambut perayaan gilang-gemilang Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menaiki Takhta Singgahsana Kerajaan Negara Brunei Darussalam yang genap 50 tahun pada 14 Muharam 1439 Hijrah bersamaan 5 Oktober 2017 yang lalu.

(Jadual 2 : Ketibaan Pelancong Antarabangsa melalui Rantau, 2016 dan 2017)

Antara lima negara teratas yang datang ke Negara Brunei Darussalam bagi tahun 2017 adalah Malaysia disebabkan oleh kemudahan dari segi kemasukan melalui udara dan kedudukan yang berhampiran dengan sumbangan sebanyak 23.2 peratus (24.8 peratus pada 2016), diikuti dengan Republik Rakyat China yang menyumbang sebanyak 20.2 peratus (18.7 peratus pada 2016), Republik Filipina sebanyak 8.9 peratus (7.8 peratus pada 2016), Republik Indonesia sebanyak 8.7 peratus (9.5 peratus pada 2016) dan Republik Singapura sebanyak 5.8 peratus (6.6 peratus pada 2016). Secara keseluruhannya, kelima-lima negara teratas ini telah menyumbangkan sebahagian besar kepada ketibaan pelancong antarabangsa ke negara ini sebanyak 66.8 peratus daripada jumlah keseluruhan ketibaan pelancong pada 2017. Selain itu, dari bulan Januari 2017, Republik Korea Selatan adalah salah satu negara yang telah menunjukkan prestasi yang tertinggi dari segi pertumbuhan dengan peningkatan yang drastik sebanyak 145.1 peratus (y-o-y) daripada 3,551 pelancong pada 2016 kepada 8,705 pelancong pada tahun lepas.

(Jadual 3 : Ketibaan Pelancong Antarabangsa mengikut Lima Negara Teratas, 2016 dan 2017)

Bagi tahun 2017, ASEAN masih kekal sebagai pasaran utama dengan 50.3 peratus (53.2 peratus pada 2016); diikuti dengan pasaran Timur Jauh (Far East) sebanyak 27.1 peratus (23.9 peratus pada 2016); pasaran Jarak Jauh (Long Haul) seperti Eropah dan Timur Tengah (Middle East) sebanyak 10.9 peratus (11.1 peratus pada 2016) dan dari pasaran Australia dan New Zealand yang mana kedua-dua buah pasaran ini telah menyumbangkan sebanyak 3.9 peratus (4.3 peratus pada 2016).

(Jadual 4 : Ketibaan Pelancong Antarabangsa mengikut Pasaran-Pasaran Utama, 2016 dan 2017)

Tujuan lawatan utama bagi ketibaan pelancong ke Negara Brunei Darussalam bagi tahun 2017 adalah tertumpu kepada aktiviti-aktiviti percutian yang telah menyumbangkan sebanyak 44.2 peratus (42.8 peratus pada 2016). Manakala 13.6 peratus adalah dari pelancong yang melawat dengan tujuan untuk perniagaan (17.1 peratus pada 2016), diikuti dengan melawat rakan dan saudara-mara (Visiting Friends and Relatives - VFR) sebanyak 10.3 peratus (11.6 peratus pada 2016); membuat persinggahan sementara (Transit) sebanyak 8.9 peratus (10.7 peratus pada 2016), dengan atas urusan Kerajaan sebanyak 2.5 peratus (2.9 peratus pada 2016), pameran sebanyak 0.6 peratus (0.6 peratus pada 2016), lain-lain tujuan sebanyak 9.9 peratus (11.0 peratus pada 2016) dan tidak dinyatakan sebanyak 10.0 peratus (3.3 peratus pada 2016). Antara Negara-negara teratas dalam pasaran riadah dan percutian adalah dari Negara Republik Rakyat China dan Malaysia sebanyak 39.2 peratus dan 15.7 peratus.

(Jadual 5 : Tujuan Lawatan dan Lima Negara Teratas mengikut Percutian, 2016 dan 2017)

Selain daripada jumlah ketibaan pelancong melalui udara, seramai 4,057,029 pelawat antarabangsa juga telah dicatatkan melalui pos-pos kawalan Imigresen pada tahun 2017.

(Jadual 6 : Ketibaan Pelawat Antarabangsa, 2016 dan 2017)

Purata tempoh penginapan (Average Length of Stay) di hotel bagi tahun 2017 adalah sama seperti tahun lepas iaitu sebanyak 2.2 hari. Manakala purata kadar penginapan (Average Occupancy Rate) di hotel bagi 2017 adalah sebanyak 41.2 peratus berbanding dengan 39.3 peratus pada tahun sebelumnya.

(Jadual 7 : Purata Tempoh Penginapan dan Purata Kadar Penginapan, 2016 dan 2017)

Bagi tempat-tempat penginapan pada tahun 2017, terdapat sebanyak 87 premis-premis yang terdiri daripada taraf 'resort' mewah (seperti The Empire Hotel & Country Club), taraf antarabangsa (seperti Radisson Hotel), taraf perniagaan, penginapan bajet, lodging, apartmen, 'guest house' dan inapdesa (homestay). Jumlah tempat penginapan bagi hotel, resort dan apartmen adalah sebanyak 52 buah, diikuti dengan inapdesa (homestay) sebanyak 16 buah, 'guest houses' and 'rest houses' sebanyak 16 buah dan government guest houses sebanyak tiga buah. Sementara itu, jumlah keseluruhan bilik dan katil tersedia adalah sebanyak 4,455 buah bilik dan 6,226 buah katil. Manakala pada tahun 2016, jumlah tempat penginapan telah mencatatkan sebanyak 83 buah premis dengan 4,311 buah bilik dan 6,044 buah katil.

(Jadual 8: Tempat Penginapan, 2016 dan 2017)

Bagi tahun 2017, jumlah ejen-ejen pelancongan yang berdaftar di bawah Jabatan Kemajuan Pelancongan adalah sebanyak 65 buah syarikat jika dibandingkan dengan pada tahun 2016 sebanyak 60 buah syarikat. Kesemua ejen-ejen pelancongan ini adalah berdasarkan kepada aktiviti 'inbound' dan 'outbound'.

(Jadual 9 : Ejen-Ejen Pelancongan, 2016 dan 2017)




Ihsan Pelita Brunei

Comments

Popular posts from this blog

Brunei Royal Wedding 2015: Profile of Royal Bride Dayangku Raabi'atul Adawiyyah

Family Titles in Brunei

Pulau Cermin - Brunei's Historic Island