Jembatan Kayu Tumpuan Penduduk Kampong Ayer

Dermaga Kastam lama pada tahun 1969. Kelihatan perahu-perahu tambang membawa penumpang untuk berlepas ke negara-negara jiran berdekatan dan juga kawasan di Kampong Ayer.

Bangunan Dewan Kemasyarakatan Lama pada tahun 1960-an. Bangunan ini digunakan untuk pelbagai pertandingan dan persembahan seperti Pertandingan Bintang Radio, Persembahan Aneka Warna Belia-belia dan lain-lain lagi.

Padian terdiri dari kaum ibu, berkayuh dari sebuah kampung ke kampung yang lain dengan membawa jualan mereka.

Jambatan kayu tumpuan penduduk Kampong Ayer
September 23, 2017

Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman

MASIH terbayang dalam ingatan penulis suasana sibuk jambatan kayu tambing iaitu tempat turun naik masyarakat Kampong Ayer pada tahun 1969. Ianya sering dipenuhi dengan perahu-perahu tambang sama ada waktu pagi, petang mahupun malam.

Suasana di sana akan lebih sesak dan meriah sewaktu orang pulang dari bekerja dan orang ramai yang singgah membeli barangan dapur. Jika bernasib baik, kita akan mendapati pemukat-pemukat pulang dari laut membawa hasil tangkapan mereka dan orang ramai akan berebut-rebut untuk membeli ikan segar yang dijual dengan harga yang sangat murah. Pada zaman itu juga, peniaga dari kaum ibu kelihatan berjaja di jambatan kayu tersebut. Antara yang dijual oleh mereka adalah buah-buahan, sayur-sayuran, makanan, ikan masin, tahai ikan, pusu, udang kering dan banyak lagi. Kini, suasana itu hanya tinggal kenangan.

Dermaga Kastam lama pula dahulunya adalah tempat kapal-kapal kerajaan berlabuh. Kapal-kapal berkenaan mempunyai namanya tersendiri seperti Kapal Bolkiah, ML Sultan, Muara, Pretty, Lela Menchanai, Semaun dan Kapal Sindaun. Selain daripada kapal-kapal kerajaan, terdapat juga beberapa buah bot beratap dengan membawa penumpang-penumpang ke negara jiran melalui jalan sungai dan persisiran pantai. Antara destinasi-destinasi yang dituju adalah Lawas, Sundar, Sipitang, Mengalong, Awat-Awat, Menumbok, Sindumin dan Bongawan.

Kini kawasan itu telah menjadi Kompleks Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Bandar Seri Begawan yang tersergam indah untuk kunjungan segenap lapisan masyarakat.

Ihsan Media Permata

Comments

Popular posts from this blog

Brunei Royal Wedding 2015: Profile of Royal Bride Dayangku Raabi'atul Adawiyyah

Kuih Mor - A Brunei Favourite

HM Sultan Brunei: Education for Develoment