Hasil Bumi Batu Kelikir
Bekas tapak pemunggahan batu kelikir tahun 1958 yang kini sebagai Pejabat Unit Tanah-Tanah Perkuburan Islam, Jalan Residency, Bandar Seri Begawan. Tiga orang mandur memerhatikan keadaan mesin pemecah batu kelikir. Beberapa mandur kelihatan duduk di atas timbunan batu kelikir. Gambar ramai pekerja-pekerja di bahagian pemunggahan batu kelikir, di tebing Sungai Kianggeh pada tahun 1958. Hasil bumi batu kelikir August 12, 2017 Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman SEBAHAGIAN masyarakat masih ada yang tidak mengetahui mengenai penghasilan negara dalam pengeluaran batu kelikir. Penulis masih ingat bahawa ianya bertempat di Kampung Butir, di tebing sungai menuju ke Daerah Temburong. Para pekerjanya terdiri daripada kaum lelaki yang berbadan tegap dan bertenaga. Kebanyakan pekerja-pekerjanya berasal dari Kampung Saba dan Kampung Tamoi Tengah. Batu kelikir diangkut dari Kampung Butir menuju tebing Sungai Kianggeh dengan menggunakan perahu besar yang dipanggil sebagai ‘Perahu To...