What is Strata Title?

[The following entry is extracted from the Press Release issued by Ministry of Development on Thursday, 16th July 2009]

Pada menjunjung titah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kementerian Pembangunan sukacita memaklumkan bahawa Baginda telah memperkenankan supaya Kanun Tanah Strata (Penggal 189), Negara Brunei Darussalam dikuatkuasakan bermula 1hb. Julai 2009 bersamaan 8hb. Rejab 1430 Hijrah.

2. Sehubungan dengan penguatkuasaan ini, Baginda juga telah memperkenankan supaya pemilikan hak milik strata ini adalah tertakluk jua kepada peraturan-peraturan mengenainya.

3. Adapun antaralain tujuan perlaksanaan Akta Kanun Tanah Strata (Penggal 189) ini digubal adalah bagi:

* Memberikan dorongan dan galakan kepada Rakyat dan Penduduk Tetap Negara Brunei Darussalam untuk memiliki rumah kediaman dan tempat tinggal di negara ini dengan selesa;

* Memberikan galakan kepada pemilik-pemilik tanah bagi mengoptimakan penggunaan tanah yang sedia ada melalui kaedah 'vertical development';

* Menarik minat pelabur sama ada dalam dan luar negara untuk melabur dalam sektor hartanah;

* Menjana peluang pekerjaan melalui kaedah pengurusan Perbadanan Strata (Management Corporation) di dalam sesuatu bangunan;

* Menjana perkembangan ekonomi Negara Brunei Darussalam melalui perkembangan di bidang hartanah.

4. Akta Kanun Tanan Strata (Penggal 189), Negara Brunei Darussalam ini akan membolehkan pemilikan hak milik strata di dalam sesebuah bangunan yang mempunyai lebih daripada dua unit utama (2 tingkat), di mana kebenaran bagi memecah bahagi bangunan tersebut telah diluluskan. Geran-geran berasingan akan dikeluarkan kepada setia petak di dalam bangunan dan ianya dipanggil sebagai Geran Strata atau geran subsidiari. Pemilik-pemilik geran strata ini boleh menjual, memberi atau mewariskan petak-petak yang dimiliki kepada sesiapa sahaja. Geran strata ini juga boleh dijadikan sebagai jaminan pinjaman kewangan kolateral (collateral).

5. Dalam melaksanakan Akta Kanun Tanan Strata (Penggal 189), Negara Brunei Darussalam, Baginda juga telah memperkenankan supaya agen-agen penaksir dan agen-agen hartanah di negara ini yang sedang atau menjalankan tugas dan khidmat sebagai 'managing agent' bagi setiap unit strata berkenaan ini dapat dikawalselia pengurusannya. Sehubungan dengan itu, Perintah Penilai dan Agen Harta Tanah 2009 (Valuers and Estate Agents Order, 2009) telah diperkenankan untuk dikuatkuasakan bermula 1hb Julai 2009 bersamaan dengan 8hb Rejab 1430 Hijrah.

6. Kementerian Pembangunan melalui Jabatan Tanah akan mengadakan jerayawara untuk memberigakan butir-butir mengenai dengan peraturan-peraturan strata kepada semmua pemegang taruhan (stakeholders) bermula daripada 1hb Ogos 2009 nanti.

7. Bagi sebarang pertanyaan berhubung dengan peraturan, cara-cara memohon dan mendapatkan kebenaran memecah bahagi bangunan, orang ramai bolehlah berhubung terus ke Jabatan Tanah dan Jabatan Ukur bagi mendapatkan penerangan lanjut mengenainya.

Kementerian Pembangunan
Tarikh Dikeluarkan: 16 Julai 2009

Comments

Popular posts from this blog

Brunei Royal Wedding 2015: Profile of Royal Bride Dayangku Raabi'atul Adawiyyah

Family Titles in Brunei

Pulau Cermin - Brunei's Historic Island