Hari Raya di JPM 2015

Dato Paduka Haji Abdul Wahab menyerahkan replika cek sumbangan kepada Haji Puasa selaku wakil penerima Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk anak-anak yatim sambil diperhatikan oleh Setiausaha Tetap di JPM, Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos.

Pemangku Menteri Tenaga meninjau pelbagai juadah yang dihidangkan pada Majlis Sambutan Aidilfitri JPM kelmarin.


Gambar oleh Dean Kassim

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Ogos – Warga Jabatan Perdana Menteri kelmarin mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri yang diselajurkan dengan penyampaian derma bagi Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk anak-anak yatim.

Majlis berlangsung di Dewan Bankuet, Bangunan Jabatan Perdana Menteri di Jalan Perdana Menteri, Bandar Seri Begawan. Penyampaian derma sebanyak B$4,000.00 telah disampaikan oleh Pemangku Menteri Tenaga, di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Abdul Wahab bin Juned kepada Haji Puasa bin Haji Jumat, Penolong Pengarah Urusan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) selaku wakil penerima Dana Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah untuk anak-anak yatim.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato Paduka Haji Ali bin Haji Apong; Setiausaha-setiausaha Tetap dan Timbalan Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri; Ketua-ketua Jabatan di bawah Jabatan Perdana Menteri; serta pegawai-pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri. Majlis bertujuan untuk meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan mengeratkan lagi hubungan pertalian silaturrahim antara pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri.

Acara sambutan juga dimeriahkan dengan hidangan pelbagai tema masakan yang disediakan oleh setiap bahagian di Jabatan Perdana Menteri.

Ihsan Media Permata

Comments

Popular posts from this blog

Brunei Royal Wedding 2015: Profile of Royal Bride Dayangku Raabi'atul Adawiyyah

Family Titles in Brunei

Pulau Cermin - Brunei's Historic Island