Ancayau - Brunei's Traditional Dances and Music Series

Our Arts and Culture Division of the Ministry of Culture, Youth and Sports has been active in providing information about Brunei's Traditional Dances and Music on Facebook. To help disseminate the information further, I will be taking their posts and reposting it here. The first of the series is about Ancayau which is a dance from the Dusun people:
 

ANCAYAU IALAH nama sebuah tarian rakyaat yang berasal daripada puak Dusun. Ia ditarikan bagi tujuan bersuka ria dan berpesta. Gaya tarian ini menggambarkan pergerakan berburu dan penarinya memakai pakaian khas iaitu daripada kulit kayu timbaran, sementara dastar daripada jenis batik atau tenunan. Peralatan penting bagi mengiringi tarian ini ialah angkiring yang berupa sebatang rotan yang runcing di hujungnya berukuran panjang sedepa dan pada hujung rotan ini dipasangkan giring-giring daripada tembaga bertujuan untuk mengeluarkan bunyi.

Alatan lain ialah khalid iaitu sebuah perisai yang diperbuat daripada kayu. Penari utama akan memegang angkiring dan khalid serta memakai selampai yang ditenun, sementara penari pengiring yang memegang sebatang payung akan mengiringi penari utama di sepanjang perburuan itu. Muzik yang mengiringi tarian ini ialah irama gendang ibang-ibang.


- Courtesy Arts and Cultural Division, Ministry of Culture, Youth and Sports, Brunei Darussalam -

Comments

Popular posts from this blog

Brunei Royal Wedding 2015: Profile of Royal Bride Dayangku Raabi'atul Adawiyyah

Kuih Mor - A Brunei Favourite

HM Sultan Brunei: Education for Develoment