Alai Sekap - Brunei's Traditional Dances and Music Series

Our Arts and Culture Division of the Ministry of Culture, Youth and Sports has been active in providing information about Brunei's Traditional Dances and Music on Facebook. To help disseminate the information further, I will be taking their posts and reposting it here. This is the second in the series about a dance from the Belait people:

ALAI SEKAP ialah nama sebuah tarian rakyaat puak Belait yang berasal dari Kuala Balai. Alai bererti tari dan sekap bererti dimasukkan kedalam. Fungsi tarian ini pada mulanya ialah sebagai menghibur keluarga yang sedang berduka kerana kematian, terutama kalangan keluarga penghulu puak dan ketua kampung.

Kayu atau alu adalah peralatan utama untuk tarian ini. 

Dua orang penari akan mengetukkan kayu itu dengan memegang kedua-kuda hujung kayu tersebut. Dalam masa yang sama seorang atau dua orang penari yang memakai sejenis tutup muka atau topeng, dengan baju compang-camping beraksi dengan memasukkan kaki, tangan dan badan mereka di antara kayu yang diketukkan itu.

Pada masa ini fungsi tarian ini sudah berubah yang berperanan sebagai hiburan sama ada pada majlis perkahwinan atau acara keriaan. Berlainan dengan tarian Melayu Brunei asli yang lain kerana tarian ini tidak disertai dengan sebarang nyanyian sebaliknya ia khusus diiringi oleh gendang ‘sabih gotu’.

- Courtesy Arts and Cultural Division, Ministry of Culture, Youth and Sports, Brunei Darussalam -

Comments

Anonymous said…
Salam,

Mengenai Alai Sekap yg diiringi dgn bunyi gendang "Sabih Gotu", saya ingin mengetahui alunan gendangnya dan adakah kita ada menyimpan sebarang audio nya?

Terima Kasih

Kafli.198@gmail.com

Popular posts from this blog

Brunei Royal Wedding 2015: Profile of Royal Bride Dayangku Raabi'atul Adawiyyah

Family Titles in Brunei

Pulau Cermin - Brunei's Historic Island