Permainan Kanak-Kanak Brunei Zaman Dahulu





Permainan kanak-kanak zaman dahulu
February 3, 2018

Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman

MENGINGAT kembali zaman kanak-kanak dahulu yang tinggal di darat, kehidupan mereka sememangnya jauh berbeza jika dibandingkan zaman sekarang.

Kanak-kanak pada zaman dahulu suka bermain dengan rakan-rakan sebaya dengan mereka. Antara permainan kegemaran yang sering dimainkan mereka – kanak-kanak lelaki – melastik burung punai, main sorok-sorokan di kawasan rumah atau di kawasan jiran dan juga permainan simban bagi kanak-kanak perempuan.

Selain daripada itu, penulis masih ingat bahawa kanak-kanak yang berada di kawasan pedalaman pada masa itu sangat sukar untuk mengunjungi bandar. Ini kerana kenderaan seperti kereta belum banyak dimiliki oleh masyarakat pada ketika itu.

Untuk datang ke bandar, mereka perlu merentasi sungai dengan menggunakan perahu pengalu. Mereka juga kadang-kadangnya turut bermalam di rumah pengalu pada ketika itu.

Kanak-kanak yang tinggal di darat sudah sebati tentang pantang larang yang diajarkan oleh orang tua mereka. Mereka yang tinggal di pedalaman susah untuk mendapatkan ikan segar. Namun itu tidak menghalang mereka daripada menikmati sumber alam semulajadi. Mereka hidup dengan memakan sayur-sayur dan buah-buahan segar, minum air dari telaga buatan sendiri, dan air wasai serta anak-anak sungai untuk mandi-manda dan sebagainya.

Insan Media Permata

Comments

Popular posts from this blog

Brunei Royal Wedding 2015: Profile of Royal Bride Dayangku Raabi'atul Adawiyyah

Kuih Mor - A Brunei Favourite

Permanent Secretaries and Deputies in Brunei (2 November 2017)