Nostalgia jurugambar lama






Nostalgia jurugambar lama
December 9, 2017

Oleh Haji Mohd Daud Abdul Rahman

MENGINGAT kembali zaman nostalgia lama pada tahun 1950-an dan 1969-an, belum ramai belia-belia tempatan pada masa itu yang berpengalaman sebagai seorang jurugambar. Salah seorang jurugambar pada ketika itu ialah Haji Mohd Yaman bin Besar. Beliau menggunakan filem hitam putih dengan kamera jenis Yashica. Beliau gemar mengambil gambar-gambar di sekitar kawasan Bandar Brunei dan juga luar bandar. Begitu juga pemandangan jambatan feri yang membawa penumpang ke Daerah Belait pada tahun 1957 iaitu Jambatan Kuala Abang, di Daerah Tutong.

Menurut cerita Haji Mohd Yaman, antara jurugambar tempatan yang ada pada tahun 1950an dan 1960an ialah Pengiran Haji Kamaludin bin Pengiran Haji Abdul Rahim, Haji Sharbini bin Haji Ibrahim, Haji Bakar bin Ahmad, Haji Shamsuddin bin Ideris, Haji Mohd Yusof bin Haji Mohd Yasin dan ramai lagi. Manakala kedai atau studio gambar yang ada pada masa itu ialah Kong Hwa Photo Studio, Guan Chuan Photo Studio, Moderan Photo Studio, Capital Photo Studio, Salon Photo Studio, Universal Photo Studio, Ann Nee Photo Studio, York Camera Photo Studio dan Kai Meng Photo Studio.

Wajah dan suasana gambar-gambar lama dipaparkan dalam sejarah kenangan nostalgia, manakala peristiwa-peristiwa lama masih tidak dapat dilupakan yang dirakamkan dalam gambar hitam putih. Jurugambar Haji Mohd Yaman juga ada merakamkan gambar penulis ketika berjalan di atas jambatan semasa menetap di Kampong Ayer sekitar tahun 1969. Pemandangannya sungguh menakjubkan. Air sungai kelihatan tenang sambil menghadap perairan Kubah Makam Diraja.

Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar peristiwa lama bersejarah hasil usaha daripada jurugambar anak-anak tempatan dalam melakar sejarah atau menangkap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada zaman itu.

Ihsan Media Permata

Comments

Popular posts from this blog

Brunei Royal Wedding 2015: Profile of Royal Bride Dayangku Raabi'atul Adawiyyah

Kuih Mor - A Brunei Favourite

Permanent Secretaries and Deputies in Brunei (2 November 2017)