Book Launch: Brunei Merdeka






Khai Zem Mat Sani
BANDAR SERI BEGAWAN
Wednesday, February 17, 2016

YAYASAN Sultan Haji Hassanal Bolkiah (YSHHB) yesterday launched its second academic publication to commemorate more than 30 years Brunei’s National Day.

The launching of the 302-paged book titled ‘Brunei Merdeka - Kumpulan Artikel Sempena Memperingati Sambutan 30 Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam’ was conducted by the Minister of Education, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Hj Suyoi Hj Osman who is also the Chairperson of the Yayasan Board of Directors.

The launching ceremony, held at the multi-purpose hall, was also attended by the President of the Brunei Historical Society (PESEBAR), Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Hj Awang Yahya Hj Ibrahim.

The event started with a welcoming speech by the president, followed by the launching of the book.

YB Pehin Dato Hj Suyoi also distributed the books to several heads of libraries and higher education institutions.

This was followed with the publication’s review which was delivered by the Executive Director of the Centre of Strategic and Policy Studies, Hj Mohd Rozan Dato Paduka Hj Mohd Yunos.

The publication is a compilation of 13 articles that have been written by local and foreign scholars from PESEBAR as well as the Universiti Brunei Darussalam.

Most of the topics debated in the publications are concentrated on the achievements and challenges faced by the country during 30 years of its independence including in the aspect of politics, economy, social, constitution and legislation.

Among the approaches used in the articles focus on the historical, cultural and contemporary style of writing.

According to the media statement from the foundation, the book is one of Yayasan’s charity activities aimed to enhance the nation’s educational level in line with its policy in support of research and development activities.

The book will hopefully be a source of relevant references to scholars and the public in reviewing and understanding the development of the country that has successfully demonstrated achievements in various fields in addition to being able to overcome any challenges and obstacles within three decades.

Those interested in purchasing the publication can do so at the Brunei Historical Centre in the capital and the Academy of Brunei Studies (APB) of Universiti Brunei Darussalam (UBD).

The books are sold at a price of $15 for the hard cover and soft cover for $10.

The first publication of academic research by Yayasan was officiated in 2010 where it focuses on the discussion of local history and cultural patterns of community.

The Brunei Times

+++++

Note:
This is in fact, the third time that Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah is producing and launching an academic book. The first one was entitled "Menyusuri Sejarah Nasional", a compilation of pepers presented during a History Seminar. The second was entitled "BRUNEI: TRADITIONS OF MONARCHIC CULTURE AND HISTORY R.H. HICKLING’S MEMORANDUM UPON THE BRUNEI CONSTITUTIONAL HISTORY AND PRACTICE" with introduction from BA Hussainmiya and Nicholas Tarling. I was asked to do the Book Review on that book which you can read here. For the above book "Brunei Merdeka", this is what I prepared and read out during the ceremony (it is in Malay):-



Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar.

Laungan Allah Maha Besar sebanyak tiga kali diketuai oleh Al-Marhum Sultan Haji Omar Ali Saifuddien Saadul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Haji Muhammad Jamalul Alam pada tengahmalam 31hb Disember 1983 di tengah-tengah Bandar Seri Begawan telah menandakan bahawa Negara Brunei Darussalam telah mendapat balik kedaulatannya sebagai sebuah negara merdeka.
Tiga puluh dua tahun yang lalu, Negara Brunei Darussalam telah menjadi sebuah negara baru tetapi ianya bukanlah sebuah negeri yang baru, bahkan ianya merupakan diantara sebuah negara yang tertua di rantau ini yang mempunyai perhubungan diplomatic dengan Empayar China lebih daripada 1,600 tahun yang lalu.
Negara Brunei Darussalam, walaupun asalnya sebuah empayar maritime yang besar telah menjadi sebuah negara yang kecil dan miskin pada akhir abad ke-19 dengan melalui pelbagai rintangan, tekanan dan ancaman, dan menghadapi berbagai tekanan politik; telah akhirnya berjaya mempertahankan dan mengekalkan "status quo"nya sebagai sebuah kerajaan yang merdeka lagi berdaulat dengan pemerintahan kesultanan yang unggul yang berasaskan kepada perlembagaan, undang-undang dan ugama Islam.
Wawasan Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah negara yang merdeka lagi berdaulat dengan jelasnya terkandung didalam titah pemasyhoran kemerdekaan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Permasyhoran Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam pada 1hb Januari 1984.

Yang Berhormat Pehin, Hadirin dan Hadirat yang dihormati sekelian,
Sambutan Ulangtahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam yang ke-32 adalah hanya tinggal 7 hari sahaja lagi. Latihan-latihan yang selama ini telah diadakan secara berasingan akan dipindah ke Taman Sultan Haji Omar Ali Saifuddien mulai minggu ini dan raptai penuh akan mulai diadakan.
Bagi anak-anak sekolah, sebahagian daripada belia-belia, dan juga sebahagian daripada orang ramai sendiri, sambutan Hari Kebangsaan bagi mereka adalah hanya sambutan perayaan. Mereka tidak mengetahui dan tidak menyedari akan usaha-usaha yang dilakukan oleh mereka yang diamanahkan berpuluh-puluh tahun yang lalu. Peringatan dari masa ke semasa adalah sangat diperlukan bagi mengingatkan bukan sahaja mereka tetapi kita rakyat dan warga negara ini mengenai dengan penat lelah, liku-liku yang diharungi dan pencapaian yang telah dibina semenjak tahun 1984.
Pengungkayahan pihak Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) dalam menerbitkan buku bertajuk “Brunei Merdeka: Kumpulan Artikel Sempena Memperingati Sambutan 30 Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam adalah satu langkah yang tepat sekali bagi memperingati titik usaha setiap warga negara Negara Brunei Darussalam di dalam sama-masa membangunkan negara ini.
Buku ini mengandungi 13 buah artikel yang disumbangkan oleh sarjana tanah air dan luar negeri.
Artikel-artikel itu membincangkan, membahaskan, serta memperlihatkan betapa jauh pencapaian kita dan cabaran yang dihadapi selama 30 tahun semenjak kemerdekaan. Artikel-artikel ini berkisar kepada beberapa aspek iaitu aspek social, aspek ekonomi dan sehinggalah kepada perhubungan diplomatic dan luar Negara Brunei Darussalam. Banyak pencapaian telah diperolehi oleh negara dalam kedewasaannya sebagai sebuah negara, tetapi banyak juga cabaran yang telah Berjaya diharungi dan diatasi.
Artikel-artikel di dalam buku ini telah mempamerkan gaya penulisannya yang berbentuk kontemporari di dalam menggunakan pendekatan pensejarahan, budaya dan pembangunan. Walau bagaimanapun satu kekurangan yang ketara ialah tidak semua aspek-aspek telah dapat disentuh. Ini mungkin disebabkan bahawa mungkin lebih ramai lagi penulis yang dijangka menyumbangkan kertas kerja mereka tetapi tidak menyumbangkannya. Walau bagaimanapun kekurangan ini tidak menjejaskan mutu dan isi kandungan buku ini.

Yang Berhormat Pehin, Hadirin dan Hadirat Yang Dihormati Sekelian,
Tigabelas buah artikel dapat kita bahagikan kepada beberapa aspek:-
·  Pertama ialah artikel2 dari aspek kepimpinan dan kepemerintahan atau governance ataupun dalam erti kata lain aspek politik.
·  Kedua ialah artikel2 dari aspek keekonomian
·  Ketiga ialah dari aspek keselamatan dan pertahanan
·  Kempat ialah artikel-artikel yang bertemakan social oleh kerana bidang ini meluas dan memasukan berbagai isu seperti Melayu Islam Beraja, Pendidikan, Perumahan, Sastera dan Arkeologi.

Jika kita lihat daripada setiap satu aspek berkenaan, kita akan dapat melihat dengan jelas perkembangan yang ketara selama 30 tahun kebelakangan ini menurut aspek masing-masing. Dari Aspek Kepemerintahan ataupun Governance, terdapat empat buah makalah yang telah disumbangkan iaitu:
Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong memfokuskan kepada peranan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Muizzadin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam di dalam usaha Baginda untuk meningkatkan dan mengembangkan syiar Islam di Brunei. Di dalam makalah bertajuk ‘Sultan Haji Hassanal Bolkiah: Berwawasan Keislaman’, peranan Baginda ini telah ditonjolkan dari segi penghayatan, pendidikan, permakanan, dan dari sudut undang-undang.

Dr Haji Awang Mohd Yusof bin Haji Awang Damit meneroka perkembangan politik selepas merdeka dengan memberikan tumpuan kepada kemantapan system pemerintahan beraja dalam tempoh 30 tahun ini melalui artikel bertajuk ‘Perkembangan Perlembagaan Negeri Brunei 1959’. Fokus kertaskerja beliau adalah kepada pindaan kepada Perlembagaan Negeri Brunei 1959 pada tahun 2004 di antara lainnya bagi membolehkan tumpuan dibuat dengan lantikan ahli-ahli tertentu dan bagi membenarkan penubuhan partai-partai politik.
Dr Pushpa Tambipillai pun membincangkan mengenai dengan perkembangan perhubungan negara ini dengan negara-negara sahabat di bawah tajuk ‘Three Decades of Brunei Darussalam’s Foreign Policy: From Initiation to Maturity’. Dasar terbuka negara ini jelas telah memberikannya keamanan dan kestabilan dalam perhubungannya dengan negara luar dengan berteraskan kepada dasar MIB.
Dr Nani Suriyani binti Haji Abu Bakar meneliti perkembangan perhubungan kedua buah negara iaitu Negara Brunei Darussalam dan Malaysia. Sebagaimana jua mana-mana perhubungan, perhubungan ini menempuh berbagai perkara yang bersejarah yang ada sebahagiannya memberikan kesan kepada perhubungan diantara kedua negara ini.

Beraleh kepada aspek perekonomian pula, Dato Paduka Dr Haji Ismail bin Haji Duraman telah mengupas tentang pencapaian ekonomi Negara Brunei Darussalam sepanjang tiga dekad kebelakangan ini dan seterusnya dalam menuju ke arah ekonomi Wawasan Brunei 2035. Di dalam makalah bertajuk ‘Negara Brunei Darussalam Meniti 30 Tahun Kemerdekaan: Ke Arah Ekonomi Wawasan 2035’, Dato Paduka Dr Haji Ismail menyatakan cabaran-cabaran yang perlu dihadapi termasuklah isu sumber minyak yang mana kita disini pada waktu ini memang menyedari akan akibatnya apabila bergantung kepada satu-satunya sumber asli negara.

Daripada aspek keselamatan dan pertahanan pula, penulis Profesor Madya Hussainmiya pula meninjau kepada isu-isu yang dihadapi oleh Angkatan Bersenjata Diraja Brunei di dalam memperkembangkan ABDB seperti isu pengambilan, perhubungan dengan negara-negara rakan dan cabaran-cabaran di milineia yang baru di dalam kertas kerja beliau bertajuk Royal Brunei Armed Forces: Since Independence of 1984.

Kertas-kertas kerja yang selainya adalah berkaitan dengan aspek social dan kesemua makalah mengambarkan dan menggariskan mengenai dengan perkembangan berbagai bidang di negara ini.
Yang Berhormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Awang Haji Yahya bin Haji Ibrahim di dalam kertas kerja bertajuk ‘Perkembangan Undang-Undang Syariah Sehingga 2013: Satu Tinjauan Ringkas’ memperlihatkan langkah-langkah Kerajaan untuk memperkasakan Semula Undang-Undang Syariah dimana pada akhirnya iaitu pada tahun 2013 Kanun Hukum Jenayah Syariah telah dikuatkuasakan. Perlaksanaan  Undang-Undang Syariah bagi memenuhi tuntutan agama dan menjaga kesejahteraan rakyat, namun ianya juga memainkan peranan pada mengukuhkan konsep MIB sebagai pegangan hidup rakyat Brunei.
Allahyarham Datin Dr Hajah Saadiah binti Datu Derma Wijaya Haji Tamit membincangkan mengenai penglibatan kaum wanita dalam pemerintahan dan pentadbiran negara di dalam kertas kerja beliau ‘Peranan Wanita Dalam Pembinaan Negara-Bangsa.’
Seorang lagi penulis wanita, Dr Dayang Siti Norkhalbi bte Haji Wahsalfelah melalui kertas kerja bertajuk ‘Peranan Golongan Intelektual Brunei Dalam Konsep Melayu Islam Beraja’ pula memperkatakan golongan intelektual Brunei sebagai kelompok berilmu pengetahuan berperanan untuk memahamkan dan menyebarkan konsep MIB kepada pelbagai lapisan masyarakat di negara ini.
Dengan menumpukan kepada perkembangan pendidikan dan meneliti kepada sejarah 30 tahun yang banyak menggambarkan perubahan adalah bahan utama Professor Madya Dr Haji Awang Asbol bin Haji Mail dengan artikel bertajuk ‘Dasar-Dasar Pendidikan Negara Brunei Darussalam Pascamerdeka: Dari Dwibahasa ke Pendidikan Abad ke-21’.
Isu perumahan negara melalui Rancangan Perpindahan Negara adalah merupakan satu dasar utama kebajikan negara untuk meningkatkan taraf hidup rakyat Brunei dan isu ini didalami oleh Dr Haji Tassim bin Haji Abu Bakar melalui kertas bertajuk ‘Perkembangan Rancangan Perpindahan Negara Brunei Darussalam Pascamerdeka: Satu Dasar Kebajikan Negara’.
Dari isu kesejahteraan, kita beraleh kepada kesusasteraan. Profesor Madya Ampuan Dr Haji Brahim bin Ampuan Haji Ismail telah meneliti novel-novel Brunei dan dalam kertas kerja beliau bertajuk ‘Tema Novel-Novel Brunei Darussalam Selepas Merdeka’, beliau telah dapat melihat penulis-penulis Brunei mencanai pelbagai tema dalam penulisan mereka bukan sahaja daripada focus kepada nasionalisme tetapi kepada isu kemasyarakatan, budaya, agama dan moral.
Sementara artikel terakhir ialah mengenai dengan satu bahan subjek yang jarang-jarang diketengahakan iaitu mengenai dengan arkeologi bukan sahaja tiga puluh tahun kebelakangan bahkan enampuluh tahun. Dato Paduka Awang Haji Matussin bin Omar telah berjaya menampilkan satu perkara baru yang mempunyai kaitan penting dengan pembangunan bangsa dan negara di dalam kertaskerja beliau bertajuk ‘Enam Puluh Tahun Arkeologi di Negara Brunei Darussalam’. Penemuan-penemuan arkeologi telah dapat memperlihatkan dan membuktikan keujudan Kerajaan Brunei yang sudah sekian lama bertapak di kepulauan Borneo ini.

Yang Berhormat Pehin, Hadirin dan Hadirat Yang Dihormati Sekelian,
   Jangkamasa tiga puluh tahun dekad kemerdekaan Negara Brunei Darussalam bukanlah satu jangkamasa yang singkat. Tema Hari Kebangsaan sendiri telah berubah daripada Kedewasaan Bernegara iaitu berfokuskan pemindahan daripada generasi yang ada berkepada generasi pelapis yang akan datang dengan tema Hari Kebangsaan sekarang Generasi Berwawasan,
   Apa yang dapat disimpulkan daripada ke 13 artikel ini, adalah bagaimana perkembangan negara begitu pesat dalam jangkamasa 30 tahun dibawah pucuk pimpinan bijaksana Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
   Peranan Baginda dalam mempastikan kesejahteraan yang berterusan, keamanan dan keselamatan yang terjamin dan system pemerintahan yang adil dan berteraskan kepada falsafah Melayu Islam Beraja adalah sangat ketara dan harus diketengahkan. Sistem Pemerintahan Beraja yang berterusan telah memberikan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat di negara ini.
Sistem beraja yang telah wujud lebih beratus tahun dapat kita lihat keupayaannya dalam melindungi negara dan rakyat, dimana dalam abad ke 19 hingga ke 20 ini dimana bermula dengan DYMM Sultan Hashim menyelamatkan Brunei yang hampir-hampir pupus dan diteruskan usaha dengan DYMM Sultan Muhamad Jamalul Alam yang mulai memperkenalkan semula undang-undang Islam dan pembinaan masjid di Pekan Brunei; seterusnya usaha DYMM Sultan Ahmad Tajuddin yang meletakan asas pendidikan dengan memperkenalkan pendidikan formal; disambung lagi dengan usaha dari  DYMM Sultan Omar Ali Saifuddien sebagai Arkitek Brunei moden dan seterusnya membina asas kesejahteraan yangmana asas ini telah digunakan sebagai landasan bagi KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam bagi membawa negara ini ke arah kemodenan dan perkembangan di Milinia yang baru.
   Usaha-usaha yang telah dilakukan selama 30 tahun kebelakangan ini adalah hanya sebahagian daripada usaha yang berterusan selama ini yangmana usaha ini adalah berbaloi dengan adanya suasana kondusif yang telah dapat diwujudkan dan dipertahankan.

Yang Berhormat Pehin, Hadirin dan Hadirat Yang Dihormati Sekelian,
   Usaha-usaha yang dilakukan pada hari ini oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Persatuan Sejarah Brunei di dalam menerbitkan buku bertajuk ‘Brunei Merdeka: Kumpulan Artikel Sempena Memperingati Sambutan 30 Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam’ ini adalah sangat-sangat berpatutan supaya ianya menjadi salah satu bahan rujukan untuk rakyat dan penduduk di negara in. Ianya bukan sahaja menambah kepada khazanah bahan rujuk negara ini tetapi juga menjadi pemangkin di dalam memperbanyakkan lagi kajian tentang sejarah Negara Brunei Darussalam.
Sekian, Wabilahit taufiq wal hidayah, Wasalamualaikum Warahmatallahi Wabarakatuh.

Comments

Popular posts from this blog

Brunei Royal Wedding 2015: Profile of Royal Bride Dayangku Raabi'atul Adawiyyah

Family Titles in Brunei

Pulau Cermin - Brunei's Historic Island