Hickling's Memorandum

On Monday, Professor Hussainmiya brought me his latest book and he asked me whether I could do a book review during the book's launch on Thursday. At that time, I was still completing my paper for the MIB Seminar and my turn to give the talk was on Thursday and I was only about halfway through completing my paper. But I thought this was a very rare opportunity and regardless I was sleeping at 2 am every night that week, opportunities like this come not very often.

Honestly I have never done a book review other than as class exercises when I was at school many many years ago. And I have to do one in about 3 days and not only that I have to do it in public and not to mention I have to complete my MIB paper as well. It was indeed a challenge. So here is the book and here is my public book review which I delivered at the Yayasan Hall on Thursday afternoon during the launch. By the way, it is very long and it is in Malay, which is a tad ironic as the book is in English.

+++++

BRUNEI: TRADITIONS OF MONARCHIC CULTURE AND HISTORY
R.H. HICKLING’S MEMORANDUM UPON THE BRUNEI CONSTITUTIONAL HISTORY AND PRACTICE

Diperkenalkan oleh B. A. Hussainmiya dan Nicholas Tarling,
Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam: Brunei Press Sdn Bhd, 2011.
Terbitan Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah di bawah Siri Brunei: Traditions of Monarchic Culture and History

Ulasan Buku disediakan oleh Haji Mohd Rozan bin Dato Haji Mohd Yunos

Kalau kita semua dapat beraleh kepada tempuh masa pada penghujung abad ke 19 dan bermulanya abad ke 20, kita akan melihat sebuah negara yang hampir lupus. Hambatan daripada pihak luar dan bangsa asing dan masalah dalaman telah menyebabkan sebuah negara yang 500 tahun sebelumnya megah memerintah pulau yang ketiga terbesar di dunia, telah merosot dan kini menjadi sebuah negara yang kecil. Yang tinggal hanyalah sistem pemerintahan dan tradisinya yang unik dan telah ditanai berzaman-zaman. Itulah negara kita, Negara Brunei Darussalam.

Alhamdulillah, Negara Brunei Darussalam masa itu masih mempunyai seorang Sultan yang masih dapat mempertahankan kedaulatan Negara. Pada masa itulah, pihak British untuk menentukan halatuju dasar mereka terhadap Brunei menghantar seorang wakil Kerajaan British untuk melihat sendiri dan menyediakan satu lapuran apa sebenarnya yang ada di Negara Brunei Darussalam dan apa sebenarnya keadaan Negara Brunei Darussalam.

DYMM Sultan Hashim dan lapisan pemimpin dan rakyat negara ini telah dapat menyakinkan MSH McArthur bawah sekecil mana Negara Brunei Darussalam, ini tidak bererti ianya tidak layak untuk terus menjadi sebuah negara yang berdaulat.

Lapuran McArthur pada tahun 1904 telah menyakinkan Kerajaan British bahawa walaupun terdapat elemen-elemen luar yang hendak menghancurkan dan menyerapkan negara ini, Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat. Dari itu, Brunei diteruskan sebagai negara protectorate di bawah jagaan British sebagaimana jua Perjanjian 1888 dengan wakilnya seorang Resident untuk mentadbir negara tetapi kuasa dan peranan sultan masih lagi dikekalkan.

Dengan adanya minyak yang dijumpai di Seria pada tahun 1929, keadaan negara ini telah mulai berubah. Daripada sebuah negara yang miskin dan berhutang, Negara Brunei Darussalam telah menjadi pembekal minyak yang berbesar dalam Commonwealth. Dasar British kepada Brunei berubah.

Walau bagaimanapun dengan tercetusnya Perang Dunia Kedua, rakyat Brunei menyedari bahawa pihak British tidak akan dapat mempertahankan dan memperjuangkan semua negara di bawah jagaannya. British tidak menyediakan sebarang pertahanan kepada Brunei seperti yang termaktub di dalam Perjanjian 1888.

Angin sepoi-sepoi kemerdekaan di kalangan negara-negara Commonwealth menjadi angin ribut sehingga hampir kesemua menuntut kemerdekaan mereka sebaik-baik sahaja berakhirnya Perang Dunia Kedua. Di Brunei sendiri, semangat kemerdekaan di kalangan rakyat juga telah mula membara.

Pada tahun 1950, dengan lindungnya DYMM Sultan Ahmad Tajuddin, adinda Baginda menaiki takhta, DYMM Sultan Omar Ali Saifuddien III. DYMM Sultan Omar Ali Saifuddien menyedari bahawa kuasa pemerintahan dan kedaulatan negara adalah hak rakyat Brunei. Baginda mula mengorak langkah untuk mengambil semula hak ini secara berperingkat melalui perlembagaan bertulis yang dihasratkan.

Berikutan dengan keputusan Majlis Mesyuarat Negeri pada 10 April 1953, Baginda telah mengumumkan secara rasmi hasrat untuk mengadakan perlembagaan bertulis itu. Dalam usaha untuk mencapai cita-cita ini, satu jawatankuasa yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Tujuh Serangkai telah ditubuhkan. Tugas utamanya adalah untuk mengumpul semua pendapat dan persoalan yang ditimbulkan oleh rakyat Brunei tentang perlembagaan yang dicadangkan. Lapuran jawatankuasa ini telah dibincangkan di dalam Majlis Mesyuarat Negeri pada 23 Mac 1954.

Pihak British tidak ada pilihan. Mereka perlu menelitinya dan memberikan pandangan mereka dan juga menyediakan alternatif kepada cadangan Tujuh Serangkai tersebut. Tetapi untuk berbuat demikian mereka perlu mendapatkan pandangan daripada seorang wakil mereka mengenai dengan kedudukan terkini Negara Brunei Darussalam. Wakil tersebut perlu melawat Brunei sendiri. Wakil tersebut ialah R.H. Hickling. Sekali lagi status masa depan Brunei bergantung kepada lapuran seorang wakil Kerajaan British.

RH Hickling adalah Penolong Peguam Negara Sarawak apabila beliau diarahkan untuk menyediakan lapuran tersebut. Beliau memegang beberapa jawatan selepas itu di Malaysia dan lebih terkenal kerana mengadakan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Dalam memoir beliau yang bertajuk Memoir of a Wayward Lawyer, beliau menyatakan bahawa di antara apa yang beliau lakukan adalah “… cheerfully assisted in the dissolution of Empire …”.

Berbeza dengan McArthur yang berada di Brunei selama enam bulan, RH Hickling hanya berada pada bulan November dan Disember 1954. Sumber-sumber yang dirujuk oleh Hickling adalah terhad dan daripada hasil tersebut, satu memorandum bertajuk “Memorandum upon Brunei Constitutional History and Practice” telah dikeluarkan untuk digunakan oleh Kerajaan British. Di dalam memorandum itu, Hickling sendiri menyedari bawah perlunya diadakan pembaharuan politik di Negara Brunei kerana telah wujudnya kesedaran politik di kalangan rakyat.

Walau bagaimanapun, menurut Professor Hussainmiya dan Nicholas Tarling di dalam pengenalan kepada memorandum ini, memorandum tersebut tidak memberikan ide yang baru tetapi hanya memperkuatkan lagi beberapa ide yang memang sudah ada di kalangan pegawai-pegawai British di Sarawak.

Lapuran beliau telah digunakan oleh Sir Anthony Abell bagi pihak British untuk menyediakan draf Perlembagaan bertulis versi British. Walau bagaimanapun draf tersebut telah tidak dipersetujui oleh DYMM Sultan Omar Ali dan Baginda lebih cenderung mempraktikan cadangan Jawatankuasa Tujuh Serangkai. Dengan itu, Baginda kemudiannya melantik Majlis Penasihat Daerah di setiap daerah dengan ahli-ahlinya dilantik oleh penduduk-penduduk daerah. Majlis Mesyuarat Negeri diperluaskan lagi keahliannya dengan dipengerusikan sendiri oleh Baginda.

Akhirnya, pada tahun 1959, satu Perlembagaan Bertulis telah ditandatangani dan dipersetujui oleh Kerajaan British dan dengan itu Brunei mulai memegang tunggak pentadbiran dalam negerinya sendiri sehinggalah pada tahun 1984 dengan kemerdekaan yang penuh.

Buku yang diterbitkan oleh Yayasan Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang mencetak semula kandungan ‘Memorandum upon Brunei Constitutional History and Practice’ yang dikarang oleh HR Hickling pada tahun 1954 ini merupakan satu bahan sejarah yang penting. Walaupun ianya tidak sepenting Lapuran McArthur 50 tahun sebelumnya, memorandum Hickling ini memberikan gambaran mengenai dengan aspek-aspek yang penting seperti sejarah, masyarakat, undang-undang, kerajaan, politik dan kedudukan negara dengan statusnya sebagai sebuah negara protectorate. Memorandum ini membantu pembaca untuk memahami politik dan kerajaan Brunei pada tahun 1950an.

Hickling menghormati status Negara Brunei Darussalam dan sejarahnya dan menyedari bahawa Brunei memang sudah mempunyai kerajaan berperlembagaan tradisi (constitutional government) dan sebarang perubahan perlu mengambilkira kedudukan kesultanan Brunei yang sudah ujud sebegitu lama. Hickling juga memuji DYMM Sultan Omar Ali sebagai seorang yang ‘sensitive, thoughtful, modest and democratic in spirit’.

Memorandum menimbulkan isu-isu seperti kuasa Sultan di bawah status negara protectorate. Memorandum juga menimbulkan perbincangan mengenai dengan isu-isu kerakyatan. Yang paling penting di dalam memorandum ini adalah nasihat Hickling bahawa perlembagaan untuk Brunei bukanlah isu undang-undang tetapi adalah isu politik dan dari itu, ianya perlu dibincangkan dan bukan untuk dikeluarkan arahan oleh pihak British melalui satu Order-in-Council di bawah Foreign Jurisdiction Act. Nasihat ini telah diakuri oleh Kerajaan British.

Kita dapat melihat buku ini memberikan maklumat yang bersejarah mengenai dengan perjalanan Brunei menuju kepada sebuah negara yang merdeka. Buku ini akan membantu pembaca menyedari mengenai dengan kedudukan Brunei pada masa ini dan dari itu ianya adalah sangat relevan kepada ahli sejarah dan juga ahli-ahli pengkaji politik Negara Brunei Darussalam. Kesedaran ini penting di dalam era dimana terdapatnya keperluan untuk memahami cara-cara bagaimana budaya, nasionalisma, ugama, kenegaraan dan tekanan luar berinteraksi di tahap-tahap tempatan, negeri dan antarabangsa.

Buku ini bukan sahaja mengandungi memorandum yang telah dicetak semula tetapi ianya telah ditambah nilai dengan diperkenalkan oleh dua orang ahli sejarah asing yang terkenal yang telah mengkaji secara mendalam sejarah Negara Brunei Darussalam dan sejarah serantau iaitu B.A. Hussainmiya dan Nicholas Tarling. Pengenalan yang ditulis oleh mereka berdua secara extensive telah dapat merangkumi elemen-elemen penting yang perlu diketahui oleh lapisan rakyat di Negara Brunei Darussalam. Buku ini sudah setentunya merupakan satu bahan rujukan pengenalan yang penting bagi mereka yang ingin mendalami kajian sejarah dan politik negara ini.

Beberapa maklumat tambahan juga dimuatkan ke dalam buku ini bagi membolehkan pembaca untuk membuat perbandingan cadangan Hickling iaitu lapuran Jawatankuasa Tujuh Serangkai yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris. Perbandingan isu kerakyatan yang dibincangkan oleh Hickling dan Jawatankuasa Tujuh Serangkai ini dapat dilihat perbezaan pandangan daripada kedua pihak. Titah DYMM Sultan Omar Ali semasa Mesyuarat Dewan Majlis Khas pada 21 Julai 1958 juga turut dimuatkan.

Buku ini boleh membantu kita memahami lebih mendalami lagi interaksi di antara Sultan Omar Ali Saifuddien dan Sir Anthony Abell, British High Commissioner pada zaman tersebut. Interaksi kedua inilah yang banyak mempengaruhi perjalanan Brunei menuju kepada kemerdekaan penuh. Interaksi kedua pihak ini adalah bagai dua kuasa bertentangan – satu kuasa mempertahankan sistem politik secara tradisi dan satu kuasa yang cuba membawa sistem politik yang baru. Kebijaksanaan dan kecekalan DYMM Sultan Omar Ali Saifuddien dan keupayaan Baginda untuk membawa rakyat menyokong Baginda telah dapat mematahkan hasrat Kerajaan British.

Saya akhiri dengan petikan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Baginda Yang ke-52 pada tahun 1998. Baginda bertitah:

“… Apa yang telah dan sedang dilalui negara ini, semuanya itu adalah sejarah. Kita tidaklah boleh menolaknya begitu saja, sekalipun kadang-kadang kita tidak menyukainya. Adapun orang menerima sejarah itu statusnya adalah patriot, sementara yang ambil iktibar daripadanya adalah orang-orang yang bijaksana …”

Begitulah titah Baginda. Kita perlu menerima sejarah yang telah berlalu tetapi yang lebih baiknya, kita harus mengambil iktibar daripadanya.

+++++

Comments

ungkayah said…
hi sir , congrats on ur review..
Anonymous said…
Sir, this may be out of context but I have always wondered why the Brunei malays of the Brunei Proper in the olden days were referred to as "orang Abai" by the indigenous people? even today, the Tutong people called the Bruneians from Brunei/Muara as "orang Abai"?
eding185 said…
anonymous, tutong people said 'orang abai' because 'abai' means ' brunei' okaay? orang brunei. heeee :)

Popular posts from this blog

Brunei Royal Wedding 2015: Profile of Royal Bride Dayangku Raabi'atul Adawiyyah

Family Titles in Brunei

Pulau Cermin - Brunei's Historic Island