Brunei's 28th National Day
His Majesty The Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam said this on the occasion of Brunei's 28th National Day. +++++ Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim Alhamdulillahi Rabbil 'Alameen, Wabihee Nasta'eenu 'Alaa Umuriddunyaa Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu 'Alaa Asyrafil Mursaleen, Sayyidina Muhammadin, Wa'alaa Aalihee Wasahbihee Ajma'een, Waba'du. Kita bersyukur ke hadhrat Allah Subhanahu Wata’ala, kerana dengan izin-Nya jua, kita dapat menyambut Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara yang ke-28, di dalam suasana sejahtera. Sepanjang 28 tahun kita merdeka, Negara alhamdulillah, telah berjaya mengekalkan keamanan dan kemakmurannya. Semogalah ia akan berterusan untuk dinikmati oleh generasi demi generasi. Orientasi kita dalam melakar pembangunan adalah bercorak global. Kerana kita tidak hanya melihat kepada liku-liku kehidupan dalaman, bahkan perlu turut mengambil iktibar dari peristiwa dan ...