Saturday, October 24, 2015

HM Sultan Brunei: Make the Country Prosperous

QURATUL-AIN BANDIAL
BANDAR SERI BEGAWAN

Friday, October 23, 2015

THE new government cabinet should work as a team with a single objective: make the country prosperous.

In a titah announcing the cabinet reshuffle, His Majesty Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, the Sultan and Yang Di-Pertuan of Brunei Darussalam, stressed the importance of teamwork and being open to ideas and criticisms from subordinates.

“Although they are of different ministries, they are still members of a team having a common objective: to make the country prosperous. Working as a team, each one of them is expected to contribute or at least lend support to any idea or proposal for the good of other ministries and for the sake of the country,” the monarch said.

“It is my hope that the next line-up of leaders will not ignore the ethics of being fellow members in a team. They are expected to be wise in making decisions and weighing up any matter that has to do with the country and the government.”

His Majesty said Brunei has a unique system of administration which has brought about progress and development for the nation, as well as peace, harmony and prosperity.

“The question is will we be able to preserve and continue to enjoy these favours? It is here where the issue lies.

”Our religion has provided the guidance that such favours could be preserved, but it still all depends on our own attitude,” he said.

His Majesty said anyone appointed to a position of leadership has the obligation to be just to the people around him.

“Justice is to be delivered on the people, not for oneself. Justice for self-interest is not justice but (a form of) cruelty. That’s why at times readiness to listen to good ideas from others below you, or listening to complaints or grievances from others could be deemed to have satisfied the need to be just.”

He warned that the interpretation of justice should not be according to one’s whims, but based on religious teachings, laws and ethics.

The Brunei Times

+++++

His Majesty's text of his speech in full in Malay:

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Alhamdulillah Rabbil ‘Alameen, Wabihiee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Wadden, Wassalaatu’ Wassalaamu ‘Ala Asyarafil Mursaleen, Sayyidina Muhammaddin, Wa’alaa Aalihee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.

Negara Brunei Darussalam telah dikenali sebagai sebuah negara yang mempunyai sistem pemerintahannya yang tersendiri. Sistem pemerintahan kita ini, alhamdulillah, telah terbukti menghasilkan pembangunan dan berjaya mencipta keamanan, perpaduan dan kemakmuran.

Apakah yang lebih bermakna dan lebih dihajati oleh semua orang kalau bukan keamanan, perpaduan dan kemakmuran?

Kita telahpun menyaksikan, beberapa banyak negara di dunia ini tidak berpeluang menikmati keamanan, perpaduan dan kemakmuran itu, kerana faktor-faktor tertentu. Tetapi kita alhamdulillah, telah ditakdirkan dapat mengecapnya tanpa sebarang masalah. Tinggal saja lagi, apakah kita mampu untuk terus memelihara dan mengekalkannya?

Di sinilah persoalan itu.

Ugama kita telah memberi pertunjuk, bahawa nikmat itu boleh kekal, tetapi masih saja tertakluk kepada ‘pembawaan’ kita sendiri.

Allah mengurniakan nikmat, sementara kita berkewajipan mensyukurinya. Syukur itulah pemangkin segala nikmat dan keberkatan. Tanpa syukur, nikmat akan hakis, tidak dapat bertahan lama.

Bagaimanakah caranya bersyukur itu? Di samping mengucapkannya dengan lidah, kita juga dituntut untuk bersyukur melalui ‘urustadbir’ di dalam kehidupan. Kerana itulah kita memerlukan kerajaan, dan dalam kerajaan itu pula terdapat jentera yang terdiri daripada para pemimpin dan pegawai-pegawai serta kakitangan di bawah mereka.

Di tangan merekalah, terutama para pemimpin, kewajipan untuk membawa negara ini menjalani amalan bersyukur, iaitu melalui pimpinan dan urustadbir mereka dalam kerajaan.

Salah satu dari ciri bersyukur itu ialah dengan melaksanakan keadilan. Kerana keadilan adalah segala-galanya. Tanpa keadilan, semua kebajikan akan jauh atau menarik diri daripada kita.

Oleh itu, satu peringatan perlu disebut di sini, bahawa sesiapa jua yang dilantik atau dipilih menjadi pemimpin, mereka itu adalah berkewajipan untuk menjalankan keadilan. Tempat tumpahnya keadilan ialah keatas rakyat, bukan kepada diri sendiri. Adapun untuk kepentingan diri sendiri, itu bukanlah keadilan tetapi kezaliman.

Sebab itulah kadang-kadang, bersedia mendengar suara orang di bawah, atau menerima idea-idea yang baik, atau keluhan atau rintihan mereka dapat dianggap sebagai ciri melaksanakan keadilan.

Dalam pada itu, mesti pula diingat, bahawa tafsiran keadilan itu bukanlah mengikutkan kata hati, tetapi mesti berpandukan lunas-lunas yang betul daripada ugama, undang-undang dan etika.

Selain itu, turut perlu difahami, bahawa kabinet adalah ibarat sebuah perahu dan para manteri pula adalah pekayuh-pekayuhnya. Sebagai pekayuh, mereka adalah satu pasukan dan berperanan untuk pasukan, bukan untuk diri masing-masing.

Kerana itu, walaupun berlainan kementerian, namun mereka tetap di dalam satu pasukan yang mempunyai satu matlamat yang sama iaitu untuk memakmurkan negara. Sebagai sifat satu pasukan, mereka diperlukan agar turut menyumbang atau sekurang-kurangnya menyokong apa-apa jua gagasan atau rancangan yang baik bagi sesebuah kementerian itu semata-mata bagi kebaikan negara.

Beta berharap, barisan pemimpin akan datang, tidaklah akan mengabaikan etika berpasukan serta juga dikehendaki supaya bijak membuat perhitungan atau tafsiran mengenai sesuatu perkara yang ada kaitan dengan negara dan kerajaan.

Dengan bertawakal kepada Allah serta memohon pertunjuk-Nya, maka inilah Beta umumkan rombakan keahlian Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet dan beberapa lantikan lain, seperti berikut:

1. Beta sendiri menyandang jawatan sebagai Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Kewangan dan juga Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

2. Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, sebagai Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri.

3. Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr.) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri.

4. Pehin Orang Kaya Indera Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Suyoi bin Haji Osman sebagai Menteri Pendidikan.

5. Pehin Orang kaya Laila Setia Dato Seri Setia Awang Haji Abd. Rahman bin Haji Ibrahim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ІІ (Kedua).

6. Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan ІІ (Kedua).

7. Pehin Datu Singamanteri Kolonel (Bersara) Dato Seri Setia (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar sebagai Menteri Tenaga (Energy) dan Perindustrian di Jabatan Perdana Menteri.

8. Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Othman sebagai Menteri Hal Ehwal Ugama.

9. Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah sebagai Menteri Pembangunan.

10. Dato Paduka Awang Haji Ali bin Haji Apong sebagai Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan.

11. Dato Paduka Awang Haji Mustappa bin Haji Sirat sebagai Menteri Perhubungan.

12. Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

13. Dato Paduka Dr. Awang Haji Zulkarnain bin Haji Hanafi sebagai Menteri Kesihatan.

14. Dato Paduka Awang Haji Hamdan bin Haji Abu Bakar sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

15. Dato Paduka Awang Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

16. Laksamana Pertama Dato Seri Pahlawan Awang Abdul Aziz bin Mohd Tamit sebagai Timbalan Menteri Pertahanan.

17. Dato Paduka Awang Haji Hisham bin Haji Mohd Hanifah sebagai Timbalan Menteri Kewangan.

18. Dato Paduka Dr. Awang Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah sebagai Timbalan Menteri kewangan.

19. Dato Paduka Awang Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.

20. Pengiran Dato Paduka Haji Bahrom bin Pengiran Haji Bahar sebagai Timbalan Menteri Pendidikan;

21. Dato Paduka Awang Haji Abdul Mokti bin Haji Mohd Daud sebagai Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama; dan

22. Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar sebagai Timbalan Menteri Pembangunan.

Perlantikan adalah bermula daripada hari ini, Khamis, 9hb., Muharram, 1437 bersamaan dengan 22hb., Oktober, 2015 bagi tempoh selama 5 tahun.

Beta dengan ini juga sukacita memaklumkan bahawasanya jawatan Mufti Kerajaan dan Peguam Negara adalah sebagai jawatan bertaraf Menteri.

Perlu Beta ingatkan bahawa lantikan-lantikan ini adalah amanah. Amanah itu sifatnya adalah sangat berat, kerana ianya merangkumi tugas dan kewajipan bagi menegakkan keadilan. Ke arah itu, ianya perlu dipikul dengan penuh tanggungjawab, jujur lagi ikhlas dengan penuh taat lagi setia.

Untuk akhirnya, Beta tidak lupa merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang tidak lagi dilantik di atas khidmat dan jasa mereka yang disumbangkan selama ini, semoga Allah jua yang akan membalas mereka dengan ganjaran pahala serta kebahagiaan yang berterusan.

Sekian, Wabillahit Taufeq Walhidayah, Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

+++++

No comments:

Inspirational Quotes