TOTAL Activities in Lumut, Brunei

TOTAL Processing Plant in Lumut, Brunei Darussalam

Perkongsian aktiviti Total di Lumut
Apr 8, 2017


BANDAR SERI BEGAWAN, 7 April – Total E&P Borneo B.V., hari ini, telah mengadakan Majlis Penglibatan Komuniti dan Pihak Berkepentingan bersama masyarakat Lumut yang berlangsung di Kelab Rekreasi Liang Lumut.

Antara yang hadir termasuk para perwakilan daripada jiran-jiran perindustrian Brunei LNG Sdn Bhd, Syarikat Brunei Methanol Sdn Bhd (BMC) dan Syarikat Minyak Brunei Shell Sdn Bhd (BSP), agensi-agensi kerajaan yang termasuk pegawai pemerintah Batalion Ketiga Angkatan Bersenjata Diraja Brunei, perwakilan daripada Balai Bomba Sungai Liang dan Pasukan Polis Diraja Brunei, ketua Kampung Lumut serta penduduk dari kawasan Sungai Liang dan Lumut.

Objektif majlis itu adalah untuk mengongsikan dan memberikan kemas kini mengenai aktiviti-aktiviti dan operasi Total di Lumut terutamanya di loji pemprosesannya.

Antara kandungan taklimat termasuk kesedaran keselamatan bagi komuniti mengenai laluan talian paip Total dari loji pemprosesan ke SCOT dan peringatan mengenai zon larangan dengan radius 500 meter di kesemua platform luar pantai.

Ini termasuk mengingatkan masyarakat mengenai apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan seperti melaporkan mana-mana kebocoran atau aktiviti mencurigakan yang berlaku sepanjang talian paip.Selain itu, tidak melakukan pembakaran terbuka, kerja penggalian atau merentasi talian paip menggunakan kenderaan atau peralatan berat.

Mengenai zon larangan dengan radius 500 meter dari platform-platform mereka, Total telah merekodkan sejumlah bot nelayan memasuki zon berkenaan.

Oleh itu, mereka telah mengingatkan bahawa ia adalah bagi keselamatan orang ramai serta kemudahan mereka supaya bot-bot nelayan tidak memasuki zon berkenaan. Kejadian-kejadian berkenaan telah dilaporkan ke pihak berkuasa yang berkaitan bagi tindakan-tindakan perlu.

Taklimat telah disampaikan oleh Ketua Perhubungan Korporat dan CSR, Awang Muhd Rasimoon bin Haji Adinin bersama perwakilan lain Total daripada Seksyen Operasi Lapangan dan Seksyen HSE.

Awang Muhd Rasimoon dalam taklimatnya juga telah menggalakkan orang ramai untuk melaporkan sebarang kejadian berkaitan dengan saluran paip Total atau rungutan berkaitan aktiviti-aktiviti operasi Total dengan menghubungi talian 3230948 atau e-mel ke alamat tepb.aduan@total.com.

Courtesty of Media Permata

Comments

Popular posts from this blog

Brunei Royal Wedding 2015: Profile of Royal Bride Dayangku Raabi'atul Adawiyyah

Family Titles in Brunei

Pulau Cermin - Brunei's Historic Island