Memukun
I was rewriting my 2007 article on memukun the other day and I asked all my colleagues what their recollection about it was. One of my colleague, who has retired from the government and I met him at one of my niece's wedding function recently strumming a guitar(!), kindly wrote me the following recollection. Since he spent sometime doing it, to do justice to him, I thought I will reproduce it and he has given me permission but he asked to remain anonymous.
+++++
MUKUN,(MEMUKUN atau BEMUKUN)
Pertama sekali saya melihat acara memukun ialah semasa saya masih kanak-kanak pada awal tahun 1960an.
Acara memukun atau bemukun selalunya diadakan pada waktu malam majlis-majlis keramaian seperti perkahwinan dan ‘makan tahun’. Memukun di adakan pada malam sebelum hari majlis-majlis ini diadakan sebagai hiburan kepada keluarga pengantin atau orang kampong yang membuat persediaan bagi acara yang akan di adakan keseokan hari, lazimnya masak-masakan, pelaminan, dan sebagainya.
Pemukun ini lazimnya terdiri daripada wanita sama ada secara seorang atau dua orang. Pemukun membawa bersamanya gendang yang dipanggil ‘dumbak’. Gendang ini di buat daripada kayu dan kulit binatang. Pemukun yang sering diundang pada tahun 1960an itu didatangkan dari Limbang atau Miri. Mereka yang ‘popular’ ketika itu. Tidak tahu lah saya jika ada pemukun wanita di Brunei pada masa itu.
Acara memukun biasanya diadakan dihalaman rumah. Ini membolehkan orang ramai yang hadir , biasanya pemukun-pemukun lelaki menyertai acara ini. Selalunya tempat yang digunakan ialah sebahagian daripada ‘teratak’ , iaitu bangunan panjang terbuka yang diperbuat daripada kayu , lantai buluh dan atap daun. Ruang teratak ini akan dihias secara sedarhana dan dihadapan pemukun wanita akan disadaikan kain-kain berwarna warni yang mana jika dilihat dari luar kita hanya akan dapat melihat sebahagian saja dari badan pemukun wanita yang duduk diruang berkenaan. Biasanya selain dari pemukun, ia juga akan ditemani wanita-wanita termasuk anak-anak dara ahli-ahli keluarga . (Tidak pula saya ingat ada wanita-wanita tua duduk menyertai pemukun,!) Di hadapan ruang ini disediakan lah ruang kosong, biasanya tapak lapang selaku gelanggang bagi pemantun-pemantun lelaki berjoget berpasangan sambil menjawab pantun dari pemantun wanita. Ada juga kalanya sampai dua tiga pasangan pemantun lelaki berada digelanggang, tetapi Cuma seorang menjadi pemantun , yang lain menjadi teman berjoget untuk memeriahkan suasana (atau mungkin juga untuk menghilangkan gementar).
Memukun dimulakan dengan pemukun wanita memukul gendang yang rentaknya hamper sama dengan rentak joget. Seterusnya pemukun mula berpantun, biasanya “pantun empat kerat” mengandungi dua kerat awal sebagai “pembayang” dan dua kerat terakhir sebagai maksud sebenar yang hendak dinyatakan. Pemukun akan terus “menjual” pantun –pantunnya sambil bergendang sehinggalah ada pemantun lelaki masuk ke gelanggang pantun untuk menjawab pantun yang dijual pemantun wanita. Tema pantun selalunya barmacam-macam; antaranya pantun nasihat, jenaka dan percintaan. Biasanya jika pantun-pantun percintaan barbalas pantun boleh perpanjangan , kerana mukun bertemakan percintaan ini boleh mengandungi cerita dan drama percintaan teruna dara. Mungkin ini yang menyebabkan remaja-remaja zaman dahulu meminati mukun dan pantun (sebelum adanya radio, dll).
Melodi pantun mukun yang asli mungkin pada pasa ini tidak dapat dikesan atau diketahui lagi. Tetapi seingat saya melodi pantun “Mukun Menyubuh” yang sehingga kini masih dilagukan adalah yang unik dalam memukun, termasuk patah-patah sebutan ayat dalam rangkap pantun itu. Keunikan melodi ini dan mukun secara amnya dapat kita bandingkan dan bezakan misalnya dengan Dondang Sayang di Melaka, semenanjung Malaysia . Pantun –pantun meukun boleh juga dialunkan mengikut melodi lagu-lagu joget moden seperti sekarang ini.
Yang menariknya pada waktu dahulu pemantun mesti mempunyai suara yang lantang kerana ketika itu belum ada pembesar suara digunakan. Keupayaan pemantun wanita berpantun sepanjang malam, kadang-kadang hingga menghampiri subuh sangatlah mengkagumkan. Begitu juga dengan keupayaan pemukun sama ada wanita atau lelaki mencipta pantun secara serta-merta (automatic!) sambil berbalas-balas adalah satu kebolehan yang luar biasa yang hanya dimiliki oleh orangorang tertentu, dan bangsa Melayu umumnya. Dari itu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mereka yang berusaha mengekalkan budaya tradisi kita ini.
Sekian. =)

Comments