We need to combat crime and drug abuse
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Bismillahir Rahmanir Rahim
ALHAMDULILLAHI Rabbil ‘Aalameen, Wabihee Nasta’eenu ‘Alaa Umuuriddunya Waddeen, Wassalaatu Wassalaamu ‘Ala Asyrafil Mursaleen, Sayyidinaa Muhammadin , Wa’alaa Aalihiee Wasahbihee Ajma’een, Waba’du.
Sayugia kita patut bersyukur kerana dapat pula menyambut dan merayakan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Yang Ke-24.
Kita dengan izin Allah menikmati hasil kemerdekaan melalui kehidupan yang rukun damai serta bersatu padu. Ia akan kita pupuk terus sebagai warisan yang dibanggakan.
Beta menyambut baik tema hari Kebangsaan pada tahun ini, iaitu 'Tunas Bangsa'.
Apa erti 'tunas?'
Jika bagi tumbuhan, ia adalah sesuatu yang baru tumbuh atau bercambah. Jadi 'Tunas Bangsa' itu, tentu sahaja maksudnya golongan muda, atau golongan belia bangsa.
Mengapa kita julang 'Tunas Bangsa' sebagai tema? Apa tujuannya?
Tujuannya ialah, kita ingin menekankan bahawa, golongan muda atau golongan belia itu mempunyai nilainya yang tersendiri untuk diambil manfa'at oleh bangsa dan negara.
Belia adalah aset negara. Kerana itu, agenda pembinaan belia adalah amat penting untuk diberikan fokus. Mereka yang dibangun itu akan menjadi cemin kepada corak kepimpinan masa yang penuh dengan teka-teki.
Jika mereka baik, maka kita pun bolehlah tersenyum lega, tetapi jika mereka menjadi insan yang cair moraI, maka akan merintihlah negara memikul bebannya.
lnilah yang merisaukan kita. Di hadapan kita sedang terpapar tanda-tanda yang tidak menyenangkan. Statistik telah menjelaskan, bahawa tahun 2007 sahaja, sebanyak 732 tangkapan kerana menyalahgunkan dadah telah dilakukan, yang melibatkan 606 orang lelaki dan 126 perempuan. Dari jumlah ini, 649 orang adalah warga tempatan, 35 penduduk tetap dan selebihnya adalah warga asing.
Kemudian paling mengejutkan ialah, majoriti penagih, seramai 664 orang adalah orang Melayu, cuma 27 Cina dan selebihnya bangsa lain.
Tidakkah ini satu cerita rnalang kepada bangsa? Di manakah Tunas Bangsa? Di mana generasi pemimpin yang bakal lahir 20, 30 tahun akan datang dari kalangan Tunas Bangsa itu?
Bolehkah mereka lahir selaku pemimpin unggul, jika dari tunas lagi mereka telah lemah dilemahkan oleh dadah?
Ejen pembawa perubahan, seperti institusi keluarga, institusi pendidikan, dakwah, media dan lain-lain, perlu melihat perkara ini dengan keinsafan yang mendalam, supaya kita dapat sama-sarna fokus bagaimana mengubat dan sekaligus melahirkan modal insan yang berkualiti.
Selain itu, satu fenomena lain yang juga turut merisaukan kita ialah meningkatnya indeks jenayah. lni juga adalah menjadi beban yang berat kepada negara.
Menurut data, tangkapan terhadap pelbagai kes adalah meningkat sehingga 23 peratus.
Jenayah yang paling kerap berlaku dalam tiga tahun kebelakangan ini, ialah jenayah curi, iaitu pada tahun lalu sahaja ada sebanyak 443 kes, berbanding tahun 2006 sebelumnya, sebanyak 359 kes lni tidak termasuk kes-kes jenayah lain.
Tetapi ada lagi laporan mutakhir menyebut, bahawa jenayah harta benda adalah paling banyak dilaporkan iaitu sebanyak 2,030 kes atau 60 peratus dari keseluruhan indeks jenayah. Sementara jumlah total kes jenayah yang telah dicatat pada tahun 2007 ialah 4,519 kes.
Laporan juga seterusnya menyebut, bahawa jenayah 'kekerasan rompak' menunjukkan peningkatan sebanyak 100 peratus.
Para penjenayah adalah terdiri daripada lelaki dan perempuan yang berumur antara 19 dan 35 tahun, termasuk 57 orang adalah penuntut.
Jenayah yang bertambah adalah satu perkara, sementara pelakunya puIa, yang terdiri daripada para belia, adalah perkara yang lain lagi.
Siapakah belia-belia ini, kalau bukan mereka yang kita panggil sebagai 'Tunas Bangsa?' Tunas Bangsa telah menjadi penjenayah. lnikah dia Tunas Bangsa itu?
Kita, janganlah hanya sedap dan seronok menyebut statistik-statistik jenayah, dan bermegah dengan slogan 'Tunas Bangsa', tetapi yang penting, kita mesti tumpaskan jenayah, apa pun bentuknya, untuk kesejahteraan rakyat dan penduduk, serta juga supaya para pelancong dan pelabur tidak akan takut-takut untuk datang ke negara ini. Sementara para 'Tunas Bangsa' pula mestilah betul-betul menjadi tunas yang sihat, yang turut berusaha mewujudkan Negara Brunei Darussalam yang bebas jenayah.
lnilah patriotisme sejati, di mana kita semua - sepatutnya - sama-sama menjadi penyelamat.
Di samping memberikan perhatian kepada hal ehwal dalaman, kita juga akan terus meningkatkan hubungan baik dan persefahaman dengan negara-negara sahabat, serta bekerjasama pada mengukuhkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial sejagat.
Kita juga insya Allah, akan terus aktif dalam menjadikan rantau ASEAN sebagai sebuah rantau yang dinamik dan kompetitif, di samping turut menjanjikan kualiti hidup yang tinggi bagi penduduknya.
Akhirnya, Beta dengan ikhlas, merakamkan ucapan penghargaan dan rasa terima kasih kepada ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi dan Iain-lain Jawatankuasa Sambutan Perayaan UIang Tahun Kedua Puluh Empat Hari Kebangsaan, dan semua peserta serta petugas yang turut berusaha menjayakan perayaan Inl.
Beta juga tidak lupa untuk merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas kepada sekalian rakyat dan penduduk yang Beta kasihi, termasuk semua peringkat ahli Perkhidmatan Awam, Pasukan-Pasukan Keselamatan serta mereka yang berkhidmat di sektor swasta.
Sekian Wabillahit Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Comments