Bahasa Melayu Bahasa Orang Brunei

Tak hendak seribu daleh, hendak seribu jalan. Bila terlalu banyak masa, terutamanya di waktu malam, apabila kesunyian di Kota Tokyo ini, banyaklah ilham yang didapati dan banyak juga perkara yang boleh dilakukan. Saya masih ingat satu pesanan yang telah dimasukan ke dalam kotak 'the shout box' yang menekankan bagi Bahasa Melayu untuk dipromosikan dan digunakan.

Khusus untuk hari ini dan mungkin juga di hari-hari yang lain, saya akan cuba menulis catatan harian ini dalam Bahasa Melayu yang rasmi. Sebagai Bangsa Melayu Brunei, kita sepatutnya lebih mengutamakan Bahasa Melayu tetapi rata-rata kebanyakan blog Brunei adalah dalam Bahasa Inggeris. Tiga 'blog' Melayu Brunei yang perlu dijadikan sebagai contoh yang saya lawat jika ada kelapangan ialah rosapadena.blogdrive.com, ninasuria.blogdrive.com dan ninasayu.blogspot.com.

Jika kitani perhatikan ketiga blog ini, Bahasa Melayu boleh digunakan sebagai bahasa perantaraan di dalam penggunaan blog. Malah dengan rosapadena, bukan sahaja blog boleh ditulis dengan Bahasa Melayu rasmi tetapi Bahasa Melayu Brunei juga boleh digunakan. Penggunaan bahasa dan cara penulisan yang digunakan oleh rosapadena bagi saya merupakan satu perkara yang baru dan jika boleh saya gunakan satu bahasa Inggeris untuk memberikan pandangan bagi blog beliau, ialah 'refreshing'.

Mulai hari ini, kalau dapat, saya seru kepada semua teman-teman 'blogger' - cubalah untuk memberikan sekurang-kurangnya sehari seminggu, kalau dapatlah, kalau nda jua dapat, seperti kata Orang Brunei, cubalah bila-bila ada masa mengizinkan untuk menulis isian harian blog abiskita dalam bahasa ibunda kitani.

Nota: Gambar pinjaman di atas adalah hakmilik cuboiart.blogspot.com. Terima kasih Cuboiart.

Popular posts from this blog

Brunei Royal Wedding 2015: Profile of Royal Bride Dayangku Raabi'atul Adawiyyah

Family Titles in Brunei

Pulau Cermin - Brunei's Historic Island